*waktu aku tulis entry ni, si baby sudah pun 2bulan lebih
usianya..
Alhamdulillah… proses bersalin kalini lebih mudah dan cepat.
Aku selalu risaukan si abang iman dan si kakak lisha bila aku nak bersalin. Yela,
masa bersalinkan alisha dulu, iman aku hantar rumah kak jat. Tak apa lagi sebab
anak sorang dan iman memang jenis tak banyak perangai. Ni bila dah ada geng,
risau juga dia meligat di rumah orang. Kejar kucing orang, pecahkan barang orang.
Masa terminate arwah baby umar pun kak jat kata alisha pecahkan perfume dia
yang beli kat US dulu. Huhuhu… jadi aku sangat-sangat risau. Dengan iman
sekolah lagi. Suami yang mula kerja GRAB (tak tau dimana dia kalau-kalau dah
tiba waktu nak bersalin.
10 feb 2019 (ahad) lebih kurang jam 12 tengahari dah mula
rasa perut keras-keras. Macam biasa dah dekat nak due ni, masak ringkas-ringkas
je untuk anak. Barang-barang baby dah siap kemas. 3beg semuanya. Suami kerja
macam biasa. Plan malam nak tukar barang kereta. Appointment dengan bengkel jam
9mlm. Kak noi pulak nak dating hantar mak mertua ke rumah. Jadi kemas-kemas
rumah ala kadar sahaja.
4petang – kontraksi rasa semakin kuat dan kerap. Install apps
ni kat phone untuk track kontrasi. Tapi sakit masih lagi boleh tahan. Blum bagitau
suami lagi yang dah sakit-sakit. Cuma pesan jangan amik job jauh-jauh je la.
7mlm – kontraksi makin kerap. Tapi masih tak yakin sebab
bersalinkan alisha dan iman dulu pun macam ni jugak. Tapi pegi hospital disuruh
balik dulu. Aku screenshot apps dan hantar kat kak dayang. Dia kata dah boleh
pegi hospital da. Jadi terus whatapps suami bagitau dah start sakit. Suami pun
memang dah odw balik sebab kak noi nak datang lepas magrib.
8mlm – kak noi datang, aku tak mampu nak keluar layan. Duduk
je dalam bilik. Plan nak ke hospital lepas suami hantar kereta ke bengkel dalam
jam 10 gitu.
9mlm – kak noi balik dan terus ke hospital. Suami kata bengkel
postpone esok sebab pome nada urusan lain. Alhamdulillah. Allah S.W.T
permudahkan perjalanan aku.
10.30mlm – masuk ke dewan bersalin. Anak-anak tinggal dengan
suami sahaja memandangkan kanak-kanak tak boleh masuk dewan bersalin. Suami lari-lari
nak hantar barang dan dokumen sebab tinggalkan anak kejap di kereta.
Aku pulak kat dalam dewan bersalin layan kontraksi sendiri. Tak
ada orang malam tu. Doctor cek bukaan dah 3cm dan kontraksi memang ada. Jadi dia
daftarkan wad untuk aku. Anggaran bersalin mungkin esok. Jadi jarum pun dia
pasang siap-siap. Dia pesan kalau sakit sangat, nak mintak pain killer boleh
bagitau.
12 mlm – sudah mula rasa sakit sangat. Aku panggil nurse
mintak pain killer dan dia suruh tunggu kejap. Sebab tak ada pesakit lain,
nurse suruh aku baring je di katil.
11 feb 2019 (isnin)
12.30 pagi – doctor datang cek lagi bukaan. Sebab nak bagi
pain killer, kene cek dulu katanya. Dia terkejut sebab bukaan dan 6cm. terus
nurse siapkan aku dan tolak ke labour room. Pain killer pun tak bagi sebab kata
bukaan dan 6cm. takut baby tidur dan lemas nanti. So bertabah lah aku tahan
sakit original nak bersalin.
Suami naik kejap je jumpa aku dalam labour room pastu kene ‘halau’
dengan doctor dan nurse sebab diorang tau anak-anak kene tinggal dalam kereta. Hahaha..
“suami jangan risau ye. Kita jagakan isteri awak. Kita ramai ni. Jangan risau. Pegi
jaga anak sana” aku ingat lagi ayat-ayat nurse & doctor tu. Hahaha..
1.38pagi – lahir la baby comel botak menangis-nangis lepas 3
kali teran. Bila teringat balik memang seriau. Hahaha.. baby comel berat 3.0kg.
lepas kene jahit, baby susu, sempat jumpa ayah dia dan qamatkan kat telinga,
aku dan baby naik ke wad jam 3pagi.
Sampai wad, ingat nak mintak 2nd class tadi dah
penuh. Jadi masuk je la 3rd class. Lagipun nurse cakap kalau tak ada
apa-apa masalah biasanya tengahari dah boleh keluar. Alhamdulillah. Jam 2 dah
boleh keluar. Suami datang jemput jam 4 petang. Paginya suami dan anak-anak
balik umah jam 3 pagi. Kesian kat abang iman sbb esoknya nak sekolah.
Alhamdullillah.. tiap kali aku throwback je,aku rasa insaf
gila. Rasa bersyukur sangat-sangat. Semua yang aku hajatkan dan mintak kat
Allah S.W.T, Allah S.W.T izinkan.
-Permudahkan urusan aku, suami aku dan anak-anak
aku.
a.
Urusan aku sebab aku buat kek sampai order
terakhir aku siap baru aku start rasa sakit-sakit.
b.
Urusan suami sebab suami balik awal, tak dapat
job hantar orang jauh-jauh & bengkel kereta pun kebetulan ada urusan lain.
c.
Urusan anak sebab iman sekolah, tak de la aku
risau siapa yang nak pick up iman, nak bg makan budak-budak
-Permudahkan solat aku sebab aku bersalin tengah pagi buta. Sama macam masa bersalinkan alisha. Masa bersalinkan iman dulu aku sakit terlantar 2hari tak solat.
-Allah pelihara aurat aku. Walaupun aku bersalin hospital gomen, malam tu taka da 1 pun staff lelaki dan non muslim yang jaga aku. Cantiknya peraturan Allah…
Insafkan…