Assalammualaikum..
Sejak dua menjak ni memang malas sangat. Badan rasa berat. Maklumlah berat dah naik 2kilo lagi. Cecah jugak angka 70kg tu. 1st time dalam sejarah hidup berat banyak tu. Harap-harap lepas bersalin boleh turun balik macam asal.
Bila badan dah berat, perut dah besar agak banyak pergerakan yang terbatas. Lagi-lagi jenis orang yang cemerkap macam saya. Buat kerja asyik ada je barang yang jatuh. Nak tunduk-tunduk ambil punya la payah. 😅😅 sudahnya panggil anak-anak tolong ambilkan. hehehehe...
Ok. Saya nak share menu paling saya suka makan masa anak dara dulu. Dah kahwin ni, selera lain skit. Bukan apa, suami tak makan sangat ikan masak macam ni. Hanyir katanya. Jadi sejak kahwin memang jarang sangat masak ikan style rebus-rebus, stim-stim ni. Nanti kene masak lauk lain untuk dia. Suami pula bukan jenis pemakan sangat. Bila masak lebih lauk, tak habis pulak. Saya memang paling tak suka membazir makan. Biar ngam-ngam sahaja. Kalau terkurang, pandai la topup makan buah, biskut atau apa-apa. Kalau terlebih, saya jadi stress tengok lauk tu. ðŸ˜ðŸ˜
Resepi singgang ikan kembung
Bahan-bahan:
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih (semua diatas potong mayang)
- 2 tangkai serai diketuk
- lada secukupnya. Saya suka pedas jadi saya memang pakai cili. Belah 4 ye.
- 3 ekor ikan kembung sederhana besar. Siap cuci dan potong dua.
- air asam jawa secukupnya
- 2 biji terung
- garam dan perasa tambahan
Cara-cara:
- Masukkan air kedalam periuk secukupnya. Kalau suka hirup-hirup, boleh lebihkan air.
- Masukkan halia, kunyit, bawang merah, bawang putih, serai, cili dan terung kedalam air.
- Masak hingga terung layu.
- Masukkan ikan, air asam jawa, garam dan perasa tembahan secukupnya.
- Biarkan seketika dan tutup api.
- Siap. Boleh dah dihidangkan.
Saya kalau lauk. Ni biasanya akan makan nasi kosong dengan terung sahaja. Ikan dan kuah hirup-hirup last sekali 😂😂😂
No comments:
Post a Comment