Wednesday, December 26, 2018

Homemade hot chocolate

Kali ni saya nak share pulak resepi simple homemade hot chocolate drink / minimum coklat panas. 

Biasa kita minum milo, vico je kan. Pernah jugak sesekali cuba chocolate drink tesco dan giant. Anak-anak suka juga minum air coklat ni. Tapi bila kadang-kadang stok dapur habis. Jenuh la memujuk suruh minum air lain.. 

Try cari resepi di google. Tapi resepi yang saya kongsikan ni, saya olah sendiri ikut sesimple yang boleh. Hahaha.. 

Bahan-bahan
- 1 1/2 sudu besar serbuk koko
- 6 cawan air
- susu pekat manis secukupnya. Boleh juga kurangkan susu dan gantikan dengan brown sugar. 

Cara-cara
- masukkan air, susu dan serbuk koko dalam periuk
- masak hingga didih dan kacau
- siap


Simple bukan.. Senang dan sedap. Bahan pun tak banyak. Boleh olah tahap kemanisan mengikut keperluan masing-masing. 

Suami suka minum sambil cicah biskut gula. Anak-anak suka bila saya tambahkan marshmallow dalam hot chocolate mereka. Saya pula, dua-dua suka.. Jadi saya memang akan dapat extra 😂😂😂

3d Hilux cake by Bakedbyin

Ni adalah kek 3d kereta yang ke-3 saya pernah buat. Kek 3d pertama adalah kek buttercream Lightning McQueen watak dalam movie Cars. Sayangnya gambar kek tersebut tak jumpa pula bila saya cari. 

Untuk kek ke-2 saya buat adalah kek untuk mak mertua. Suami yang request mintak buat kek 3d fondant Hyundai Starex. 

Dan kek ke-3 adalah kek fondant Hilux merah. Tempahan ini dari customer yang beberapa kali telah menempah kek dari saya. Alhamdulillah kerana mempercayai saya untuk buatkan kek istimewa untuk suaminya sempena hari bapa.

Kek ini berperisa red velvet yang di lapisi cream cheese dan di deco menggunakan fondant.



Bantuan zakat anak sekolah - Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Sekolah Rendah dan Menengah

Awal bulan haritu dapat info tentang bantuan zakat selangor untuk anak-anak yang bersekolah. Bantuan rm200 untuk setiap anak yang berkenaan bagi yang layak.

Siapa yang layak? Apa syarat-syaratnya? Boleh layari link utk maklumat lanjut. 

Secara ringkaskan, bantuan ni bukan untuk golongan asnaf atau penerima bantuan zakat tapi untuk golongan sederhana yang pendapatan seisi rumah lebih Haddul Kifayah dengan julat lebihan tak lebik rm3000. 

Apa maksudnya ek? Dalam laman web https://www.zakatselangor.com.my/spzasrm/ ada contoh pengiraannya. So, boleh cuba kira guna link ni. https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/kalkulator-kelayakan/

Cara nak apply pun mudah je, download borang A, B dan C di website yang sama. Isi borang dan buat pengesahan borang kemudian scan borang berkenaan. 

Kemudian isi borang Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Sekolah Rendah dan Menengah secara online di https://www.zakatselangor.com.my/spzasrm/

Dokumen lain yang diperlukan untuk permohonan adalah kad pengenalan ketua keluarga, kad pengenalah pasangan, slip gaji atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri, bank statement, borang A, B dan C tadi. 

Lepas submit, bolehlah tunggu je dan berdoa moga-moga ada rezeki. Jika berjaya, dalam tempoh 14 hari pembayaran akan dimasukkan kedalam akaun yang didaftarkan.

Alhamdulillah, hari isnin haritu (lepas kejadian kemalangan), terus ajak suami untuk segerakan isi borang. Harini, rabu, dapat SMS yang mengatakan permohonan berjaya. Alhamdulillah sangat-sangat. Dapat juga buat bayaran yuran sekolah anak nanti..



Tuesday, December 25, 2018

Resepi sambal hitam pahang

Cuti krismas tahun ni tak kemana-mana. Suami cuti 4hari pun duduk di rumah sahaja. Membasuh, mencuci dan mengemas rumah. Nak jalan-jalan masih belum siap lagi keretanya. Bengkel bagitau dalam minggu ni mungkin persona akan siap. Tinggal spray sahaja. Harap-harap sangat kereta siap sebelum naik sekolah. 

Pagi-pagi lagi kakak ipar whatsapp bagitau nak datang melawat. Bawak ikan bakar sekali katanya. Jadi saya masak simple-simple sahaja harini buat menu-menu tambahan. Teringat ada belimbing buluh yang telah direbus yang mama bekalkan awal tahun haritu. Belum pernah cuba masak lagi.

Sebenarnya saya pun tak tau kewujudan sambal hitam ni. Pertama kali makan masa menumpang sewa rumah masa bekerja di Danau Desa dulu. Housemate kebanyakannya adalah orang raub, pahang. Kak ina namanya. Dia memang rajin memasak dan boleh kata setiap hari mesti ada sambal hitam ni. 

Sekali makan terus jatuh cinta. Minta juga resepi dari dia masa tu. Tapi mengenangkan nak merebus belimbing buluh berjam-jam sampai jadi hitam tu, memang tak pernah lagi memcuba resepi ni. 

Setelah bertahun-tahun, baru sekarang sambal ni di komersialkan. Tapi tu la, homemade punya lebih sedap sebab ikut selera sendiri kan. Biasa yang beli tu kurang pedas dan lebih rasa bilis sahaja. Jadi kali ni, ada rezeki kita buat sendiri. 

Bahan-bahan
- 1 genggam ikan bilis
- 1 genggam cili api. Nak pedas lagi, boleh letak lebih. Terpulang pada selera. 
- 5 biji bawang merah
- 1 sudu belimbing buluh yang telah direbus 
- garam dan gula secukupnya. 


Cara-cara
- Bawang merah, cili api, belimbing buluh dan ikan bilis ditumbuk. Saya biarkan sedikit-sedikit bawang dan cili kasar. 
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk. 
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Masak hingga sambal menjadi hitam dan garing. 
- Siap.. 


Sunday, December 23, 2018

Resepi biskut cinnamon

Agak stress dengan kejadian yang berlaku. Masih fobia dan terbayang-bayang macamana kereta boleh terlanggar semak samun tu. Allah.. Nasib semua selamat..

Harini dapat perkhabaran berlakunya tsunami di Anyer, Indonesia. Lagi berat ujian yang Allah beri kepada mereka. Semoga mangsa dan keluarga mereka tabah. Bantu la mereka jika berkeupayaan sebab mereka memang sangat-sangat memerlukan ketika ini.

Tekanan demi tekanan ni buatkan saya nak makan benda manis. Terasa nak makan cinnamon cookies pula nak dekat-dekat Krismas ni.


Bahan-bahan
- 1 cawan gula. Saya pakai gula prai dan kisar. Boleh kurangkan sedikit ye kalau tak nak manis sangat. 
- 1⁄2 cawan butter. 
- 1 biji telur 
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 1⁄2 cawan tepung
- 1 1⁄2 sudu kecil serbuk cinnamon 
- 1 sudu kecil baking powder
-  sedikit garam
- cinnamon sugar. Yang ni saya tak letak. Tapi kalau letak lebih ngam la rasanya..


Cara-cara
- Masukkan butter dan gula dalam mixer dan mix hingga berkrim kemudian masukkan telur dan esen vanilla. 
- Dalam bekas lain, ayakkan tepung, serbuk cinnamom, baking powder dan garam. 
- Masukkan campuran tepung sikit-sikit dalam mixer dan adun sebati. 
- Tutup adunan dan simpan dalam peti sehingga boleh di bentuk. 
- Bentukkan adunan dan bakar 160°c selama 30 minit. (anggaran)
- Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.


Untuk kali ni, saya skit step yang masuk peti tu. Saya terus masuk piping bag dan picit atas baking paper. Nampak tak betapa cravingnya nak makan cinnamon cookies ni. Hahahaha...

Alhamdulillah dapat jugak makan. Adunan dapat jugak la 1 balang sederhana tu. Tapi laju jugak la biskut ni. Maghrib tadi siap bakar, isyak dah tinggal separuh. 


Dugaan December

Berat rasa hati nak melangkah ke tahun baru. Dengan anak nak naik darjah 1, due date semakin dekat, dugaan suami kene main dengan business partner. Ni lagi dugaan baru dua-dua kereta terlibat dengan kemalangan.

Kereta persona kene langgar dari belakang masa balik hantar kek. Alhamdulillah sempat hantar. Kalau tak, tak tau nak buat macamana sbb dah janji dengan customer.

Masa tu hujan dari petang jadi jalan agak licin. Dari tol petaling jaya ke sungai buaya. Kena langgar di area rawang. Sebelum kemalangan, kami baru lepas lokasi kemalangan maut. Jadi kereta memang tak berapa laju. Pandu di lorong kanan. Tiba-tiba kereta depan brek mengejut. Kereta kami sempat juga brek. Mungkin seinci lagi nak langgar kereta depan.

Tapi malangnya kereta belakang tak sempat brek dan langgar kami. Hentaman yang sangat kuat buatkan kami langgar kereta depan dan kereta depan langgar kereta satu lagi. Jadi 4 kereta yang terlibat.

Anak-anak yang tidur di seat belakang menangis sekejap dan kemudian sambung tidur balik. Mujur tiada kecederaan.
Keadaan kereta memang teruk dan tak boleh jalan. Allah.. Berat sungguh dugaan. 

Tak lama lepas kemalangan je, datang runner towing. Call sana, call sini, kereta naik towing dan terus pegi balai polis buat report. Kemalangan dalam jam 10malam. Jam 2pagi juga siap semua dan runner towing hantar balik rumah. 

Anak-anak memang menagis bila kejut ajak balik. Baru mereka perasan kereta dah remuk teruk. Allah... 



Sejak kereta persona masuk bengkel, semua urusan pakai kereta kancil. Terpaksa bergilir-gilir pakai kereta dengan suami. Nasib baik anak masih bercuti. 

Hari jumaat haritu ada customer last minute order kek. Kebetulan memang tengah free, kita ambil la. Selalunya suami memang tak kerja malam dan sabtu ahad. Jadi saya confirmkan sahaja dengan customer. 

Bila check barang kedai, ada beberapa barang yang dah abis. Kenalah pegi beli sekejap. Suami pulak tiba-tiba kerja malam. Jadi terpaksa tangguh beli barang hari sabtu pagi tu. Malam tu saya siapkan dulu mana-mana bahagian kek yang boleh disiapkan. Jam 2 pagi jugak tidur. 

Pagi sabtunya, sekali lagi suami kena masuk kerja. Jadi saya hantar sahaja suami ke rumah kawan dia dan saya terus ke kedai bakery. Siap urusan, terus balik nak siapkan kek. 

Entah macamana saya boleh terlelap dan terus masuk ke dalam semak. Mujur Alhamdulillah bukan masuk gaung. Panic, takut, sedih dan semua perasaan jadi satu. Menggigil tangan saya. Anak-anak menangis ketakutan sebab kali ni mereka sedar dan nampak kejadian. 

Ada beberapa orang yang berhenti dan tolong. Terima kasih. 

Keadaan kereta juga teruk. Tak boleh bergerak langsung. Dugaan sungguh buat saya dan suami. 

Merasa juga anak-anak jalan kaki balik ke rumah. Allah.. Kesian.. 





Pop art theme cake by Bakedbyin

Alhamdulillah. Siap juga kek yang penuh duka ni. 

Beberapa jam sebelum siap kek ni, berlaku kemalangan. Hampir-hampir sahaja saya batalkan tempahan sebab tak tahu nak hantar kek pakai apa lagi. Kedua-dua kereta dah tak boleh jalan sebab kemalangan. Aduhai.. Dugaan betul. 

Apa pun, Alhamdulillah dapat customer yang sangat-sangat memahami. Kek hantar lewat sedikit lepas uruskan pelbagai hal yang berkaitan. 

Kek ni jenis pandan yang di lapis dengan cream cheese dan disaluti dengan buttercream. Decoration daripada fondant. Bertemakan pop art yang penuh dengan warna warni yang menarik. 

Topping atas pakai paper topper sahaja mengikut design yang customer mahukan. Alhamdulillah... 




Tuesday, December 11, 2018

Ikan kembung masak singgang

Assalammualaikum.. 

Sejak dua menjak ni memang malas sangat. Badan rasa berat. Maklumlah berat dah naik 2kilo lagi. Cecah jugak angka 70kg tu. 1st time dalam sejarah hidup berat banyak tu. Harap-harap lepas bersalin boleh turun balik macam asal. 

Bila badan dah berat, perut dah besar agak banyak pergerakan yang terbatas. Lagi-lagi jenis orang yang cemerkap macam saya. Buat kerja asyik ada je barang yang jatuh. Nak tunduk-tunduk ambil punya la payah. 😅😅 sudahnya panggil anak-anak tolong ambilkan. hehehehe... 

Ok. Saya nak share menu paling saya suka makan masa anak dara dulu. Dah kahwin ni, selera lain skit. Bukan apa, suami tak makan sangat ikan masak macam ni. Hanyir katanya. Jadi sejak kahwin memang jarang sangat masak ikan style rebus-rebus, stim-stim ni. Nanti kene masak lauk lain untuk dia. Suami pula bukan jenis pemakan sangat. Bila masak lebih lauk, tak habis pulak. Saya memang paling tak suka membazir makan. Biar ngam-ngam sahaja. Kalau terkurang, pandai la topup makan buah, biskut atau apa-apa. Kalau terlebih, saya jadi stress tengok lauk tu. 😭😭

Resepi singgang ikan kembung

Bahan-bahan:
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit
- 1 biji bawang besar 
- 3 biji bawang putih (semua diatas potong mayang) 
- 2 tangkai serai diketuk
- lada secukupnya. Saya suka pedas jadi saya memang pakai cili. Belah 4 ye. 
- 3 ekor ikan kembung sederhana besar. Siap cuci dan potong dua. 
- air asam jawa secukupnya
- 2 biji terung
- garam dan perasa tambahan






Cara-cara:
- Masukkan air kedalam periuk secukupnya. Kalau suka hirup-hirup, boleh lebihkan air.
- Masukkan halia, kunyit, bawang merah, bawang putih, serai, cili dan terung kedalam air. 
- Masak hingga terung layu. 
- Masukkan ikan, air asam jawa, garam dan perasa tembahan secukupnya. 
- Biarkan seketika dan tutup api. 
- Siap. Boleh dah dihidangkan. 


Saya kalau lauk. Ni biasanya akan makan nasi kosong dengan terung sahaja. Ikan dan kuah hirup-hirup last sekali 😂😂😂



Monday, December 10, 2018

My little things..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. Akhirnya saya kembali ke ruangan blog ni. Sebelum ni, agak rajin saya post dan berblogging. Tapi sejak habis belajar, berkahwin, bekerja dan berbusiness, masa yang ada sangat-sangat terhad.

Blog lama saya, (klik sini)  sengaja ditinggalkan sepi. Nak padam sayang sebab dalamnya masih ada kenangan. Nak update sahaja disitu, segan rasanya. Maklum lah, zaman muda remaja menulis. Bila baca semula rasa kelakar pula. 😅


Harapnya dengan blog baru ni, contentnya lebih bermanfaat untuk dikongsikan.

InsyaAllah....