Friday, July 5, 2019

Masuk darjah satu

Alhamdulillah.. Semua urusan anak sulong saya untuk masuk sekolah tahun ni dipermudahkan. 

Awalnya masa pendaftran online bulan 3 tahun lepas, daftarkan dia di sekolah bandar. Lepas mintak pendapat beberapa kenalan, tukarkan dia di sekolah kampung. 

Kita kenal anak kita kan. Jadi, untuk firas iman, saya tak berapa yakin dia untuk berada di tempat yang crowd. Walaupun usia sudah masuk 6tahun masa darjah 1, (baru masuk 6tahun sebab anak lahir bulan 12) dia masih merangkak-rangkak membina ayat. Sesetengah arahan jugak dia tak berapa paham. Jadi di sekolah kampung, murid tak berapa ramai. Jadi saya mengharapkan dia boleh lebih fokus pada pembelajaran. InsyaAllah.. 

Dengan dugaan bertimpa-timpa hujung tahun haritu, habis jugak duit simpanan kena korek untuk cover semua. Alhamdulillah cukup la sediakan mana yang termampu. 

Untuk sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah agama, ni antara senarai yuran dan kelengkapan yang kami sediakan. 

Uniform sekolah : 
2 set pakaian sekolah kebangsaan : Rm62 (beli di pasarayaku)
1 set pakaian sekolah agama : rm25 (beli di pasarayaku) 
1 pasang kasut : rm32 (beli di pasarayaku) 
Stokin : rm7 (3 pasang) 

Buku sekolah kebangsaan : rm60 (buku text diberikan pinjaman)
Buku sekolah agama : rm40 (buku text diberikan pinjaman) 

Yuran sekolah agama : rm76 setahun
Sumbangan bulanan : rm20

Yuran sekolah kebangsaan : masih belum diputuskan. Katanya tunggu mesyuarat PIBG. 

Alatan persekolahan -
Beg sekolah : rm30 (lazada sales 11.11)
Alat tulis : kesemuanya beli di kedai eco rm2.10 (tiap kali datang, beli 1 barang. Lama-lama cukup jadikan stok setahun) 
Bekal makanan : rm2.10 di kedai eco

Untuk hari pertama, hantar firas iman ke sekolah seawal jam 7 pagi. Kebetulan pada hari yang sama, saya ada appointment scan baby di hospital selayang. Masih lagi fobia nak bawak kereta. Jadi tinggalkan sahaja firas iman di sekolah lepas tunjukkan dia kelas barunya. Alhamdulillah. Tak menangis. 


Dudukkan di meja paling depan. Tapi katanya cikgu sudah pindahkan ke meja paling belakang 😭😭


Balik sekolah jam 1 petang. Alhamdulillah urusan hospital siap awal jugak. Sempat pick up dia balik sekolah. 

Baju masih putih bersih. Cuma tali leher sahaja yang senget. 

Bila sampai rumah, baru perasan beg duit dia tinggal di atas meja. Sebelum ke sekolah sudah pesan, nak makan di kantin perlu bayar. 

Bila periksa beg bekalnya, tak bersentuh. Tapi katanya di sekolah makan mee. Sudah. Tak bayar ke? 

Mungkin dia ingat masih macam di tadika kemas. Makan percuma 😅

Siap-siap makan, terus salinkan uniform sekolah agama pulak. Tapi menangis-nangis tak mahu. Katanya dah sekolah tadi. Tak perlu kesekolah lagi. 

Penat sangat sampai tertidur di sofa semasa saya bersiap pakai tudung. Kesian. 


Sekolah agama sempat jugak melawat dia semasa rehat. Ajar yang makanan di kantin perlu dibayar & berapa perlu dibayar. 

Alhamdulillah.. Hari pertama yang sungguh membanggakan walaupun ada kesilapan sedikit. 

Bukan sahaja anak yang keletihan, saya jugak terasa lebih. Kelam kabut bangun seawal jam 5pagi untuk siapkan bekal,  sarapan, makan tengahari, bekal sekolah agama, jemput dan hantar kesekolah. Wah.. Memang perlu menguruskan masa dengan betul. 

Minggu ni dah hampir masuk minggu ke 4, firas iman pun sudah serasi dengan jadual sekolahnya. Tak liat bangun pagi. Alhamdulillah. Saya juga semakin selesa dengan pengurusan masa. Sudah berani juga mengambil tempahan kek. 

Sekarang, apa yang merisaukan saya adalah masuknya bulan 2 nanti. Bila masa saya bersalin & berpantang, bagaimana keadaan anak-anak nanti.. Harap semuanya dipermudahkan... 

No comments: