Monday, July 8, 2019

Anxiety.. Sekadar perkongsian..

Dua tahun lalu. Saya tak tahu dari mana puncanya. Tapi saya bersyukur saya alami pengalaman ni sebab dari situ la titik tolaknya perubahan yang lebih baik dan positif dalam hidup saya. Masa tu suami memang selalu on off kerja di Kuala Kangsar. Kadang kala seminggu sekali balik dan ada juga dua minggu sekali balik Rawang. Jadi segala urusan rumah dan anak-anak, saya yang ambil alih bila suami tiada. Semuanya berjalan seperti biasa. Hantar anak ke sekolah, buat kek dan buat penghantaran. Semua seperti biasa. 

Entah macamana, tiba-tiba suami di duga dengan ujian kesihatan. Muntah darah dan lemah badan. Bila kehospital, doktor tidak dapat kesan apa-apa. Cuba pula ikhtiar cara kampung. Alhamdulillah.. Selepas jumpa dua kali, suami semakin pulih.


Sejak dari situ, saya mula fikir apa jadi jika berlaku apa-apa yang tak diingini kepada suami. Dan apa akan jadi, jika sesuatu yang tak diingini berlaku kepada saya ketika suami tiada dirumah.  Bagaimana keadaan anak-anak. Kerana terlalu memikirkan perkara tersebut, saya jadi takut. Takut yang teramat sangat sehingga hari-hari teringatkan kematian. Malah jika terdengar ada kematian, saya jadi berpeluh-peluh, berdebar-debar dan sukar bernafas.

Selama 2bulan saya alami perkara ni. Akhirnya saya ke klinik. Doktor andaikan saya ada masalah tiroid dan ambil sampel darah untuk buat ujian makmal. Dalam tempoh menunggu keputusan ujian makmal tersebut, saya sering sesak nafas, pitam dan berdebar-debar. Sentiasa rasa lesu, takut dan panic bila jumpa ramai orang. Sehinggalah saya pitam masa solat zuhur akibat sesak nafas. Terus suami bawa saya ke hospital.


Di hospital, segalanya normal. Tiada masalah. Saya sihat-sihat sahaja. Panic attack.. Ni cuma andaian saya sahaja hasil bacaan saya tentang anxiety dan panic attact.

Balik dari hospital, masih ada lagi serangan sukar bernafas, berdebar-debar, badan menggeletar dan berpeluh-peluh. Selalu sangat fikirkan tentang kematian.. Hingga tibanya waktu keputusan ujian darah untuk tiroid. Ya. Tiroid saya juga normal. Jantung normal.. Jadi doktor sendiri tak pasti kenapa. Dan bila doktor kata saya tak apa-apa, saya lega. Saya cuba positif dan cuba sibukkan diri. Cuba hilangkan fokus untuk berfikir tentang sakit dan kematian. Alhamdulillah.. Setelah 2bulan, sintom-sintom yang saya alami semakin hilang. Tapi saya akan mula rasa serangan-serangan itu bila ada berita kematian.

Dan bermula dari kejadian itu juga, saya jadi lebih dekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta. Inilah hikmah disebalik kesakitan. Alhamdulillah...

Samada pengalaman saya itu adalah anxiety dan panic attack atau hidayah untuk saya. Wallahualam.. Tapi saya bersyukur diuji seperti itu.

3 comments:

Xia said...

Saya alami perkara yang sama setelah suami alami masalah kesihatan.bila terdengar pasal kematian saya jadi tak tentu..sampai rasa nak berhenti kerja.semoga saya dapat sembuh.

Sharif Azreena said...

insyaAllah. Please jumpa doctor kalau berterusan

Xia said...

Skrg dah dapat manage dah... Kalau org yg tak pernah alami mgkin akan judge kita ni malas... Tapi kena bersabar byk2. .