Friday, July 5, 2019

Resepi sambal jering tempoyak

Hari khamis lepas jalan-jalan di pasar malam. Ternampak pula orang jual jering ni. Rm2 untuk 1 pinggan kecil. Macam sedap pula kalau buat sambal kan. Mengandung-mengandung ni takut nak makan jering atau petai yang tak masak. Kalau datang anginnya, boleh buat mabuk seminggu. 

Saya lebih suka jering tua sebab lebih keras. Kalau dapat yang muda tu rasa tak puas mengunyah pula. Hahaha.. 

Ok. Untuk resepi kali ni, saya tambahkan tempoyak sedikit. Tempoyak homemade musim durian haritu. Mama saya yang bekalkan. Saya pandai masak je. Tak berapa rajin nak memperisi tempoyak tu. 

Bahan-bahan
-Bawang kecil 2 ulas
-Cili api 1 genggam 
-Ikan bilis
-Tempoyak 2 sudu
-Jering yang telah dikupas dan dipotong kecil. 


Cara-cara
- Goreng dengan minyak jering yang telah dipotong sehingga warnanya bertukar sedikit jernih. 
- Tumbuk halus cili, bawang dan ikan bilis. Untuk kali ni, saya blender sahaja. 
- Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga garing
- Masukkan tempoyak dan sedikit air
- Masukkan jering yang telah digoreng dan perasakan dengan garam dan gula. Saya tak tambah garam sebab tempoyak yang saya ada sudah agak masin. Jadi kene pandai adjust sendiri la ye. 

Jering yang telah digoreng dengan minyak masak. 

Ok. Dah siap. Dah boleh makan dengan nasi panas. Alhamdulillah... 

No comments: