Sudah lama menyimpan niat nak buat macaron sebenarnya. Cuma tak berani sebab takut tak menjadi. Pernah juga tengok akak sulung saya buat macaron masa saya tinggal di rumahnya ketika bujang dahulu. Seingat saya, saya tak suka rasanya sebab terlalu manis. Cara buatnya juga agak leceh seingat saya. Ohh... masa tu memang tak menjadi macaronnya. Tak berkaki tak silap saya.
Macaron yang sempurna mestilah berkaki, berkilat dan mempunyai permukaan yang licin. Rapuh diluar, tidak pecah permukaannya dan tidak kosong didalamnya.
Minggu lepas dapat tempahan kek yang mempunyai macaron sebagai bahan hiasannya. Memandangkan baby Naeema tak sihat, jadi saya ambil keputusan untuk bakar sendiri macaron. Jika tidak, sampai bila impian nak bakar macaron sendiri jadi kenyataan kan. hehehe..
Jadi saya pun mengoogle & mengyoutube la resepi online. 3 kali percubaan untuk dapatkan macaron yang sempurna. Kali pertama, meringue tak menjadi. Tak tau apa masalahnya, telur langsung tak berbuih masa pukul. Sudahnya saya terus tambah tepung dan buat kek. hahaha...
Untuk cubaan kedua, adunan terlalu cair, sebabnya saya blender serbuk almond terlalu lama hingga keluar minyaknya. Macaronnya sedap dan rangup cuma tak berkaki dan permukaannya tak licin berkilat.
Untuk percubaan ketiga, tray pertama permukaan macaron pecah dan tidak berkaki. Permukaannya pecah kerana oven terlalu panas dan macaron tak berkaki sebab masa bakar macaron belum kering sepenuhnya. Untuk tray kedua, alhamdulillah, semua macaron naik cantik. Berkilat, berkaki dan tidak pecah. Tapi yang sedihnya, untuk tray kedua cuma dapat 7 biji macaron sahaja. Cukup-cukup untuk buat hiasan kek. hehehe...
Apapun alhamdulillah berjaya juga buat dan belajar Do's and Dont's untuk buat macaron. Ok. untuk macaron yang saya buat, saya refer resepi dari blog ni.
resepi dari:
Bahan untuk Macaron:
(Saya buat separuh dari adunan di bawah, dapat 60-70 keping shell macaron sebesar duit 20sen atau 44-50 sebesar 50sen)
80g putih telur, suhu bilik (anggaran 2 biji saiz L) - saya guna 40g
65g gula kastor - saya guna 32g. Boleh kurangkan ke 30g
Cream of tartar - guna hujung sudu 1/8st je, tak perlu banyak. Ada resepi guna powdered egg white, fungsinya sama nak stabilkan putih telur. Kalau tak nak guna boleh diabaikan
80g serbuk almond - saya guna 40g. Pastikan serbuk almond betul-betul kering
140g gula icing - saya guna gula icing PRAI 70g
Pewarna - gunakan serbuk pewarna untuk warna macaron yang terang *tak pakai sbb sy nak warna ori
Perasa - optional, jangan terlalu banyak *tak pakai juga
*Jangan kurangkan lagi kandungan gula kerana struktur macaron mudah runtuh.
Cara:
1. Ayak serbuk almond dengan gula aising. Jika ingin macaron yang kulitnya nampak halus, blend dulu serbuk almond bersama gula aising, kemudian tapis 2-3 kali. *jgn blend lama-lama nanti minyaknya keluar. Kadang-kadang pada akhir ayakan ada baki lebih kurang 1/2st campuran serbuk almond dan gula aising (serbuk almondnya terlalu besar untuk diayak). Baki ni saya buang, tak menjejaskan sangat sebab kuantiti terlalu kecil.
2. Pukul putih telur sehingga berbuih/foamy. Masukkan cream of tartar (jika guna) dan sedikit gula kastor. Pukul hingga buih kelihatan lebih halus, sambil memukul sambil memasukkan baki gula kastor sedikit demi sedikit.
3. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/bertanduk (bila diterbalikkan mangkuk mixer, adunan meringue- putih telur yang dipukul tu- tak meleleh atau jatuh.)
4. Masukkan sedikit demi sedikit bahan kering yang diayak tadi ke dalam meringue. Kacau perlahan-lahan macam buat cheesecake. *guna kaedah kaut balik
5. Masukkan adunan yang dah siap ni ke dalam piping bag. Picit ke atas dulang oven yang dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jadi berlubang bila dibakar.
6. Biarkan macaron dalam dulang pembakar untuk biarkan dia kering. Kering kat sini maksudnya bila sentuh permukaan macaroon tu, adunan tak lekat tak jari. Saya biarkan hampir 50min untuk biarkan dia kering.
7. Bakar dalam 15 ke 20 minit dengan suhu 150͒C. Tempoh bakar bergantung pada size macaron juga.
Jadi, ni lah hasil kek yang dideko dengan menggunakan macaron. saya pipekan white choc sebagai fillingnya. Memang sedap makan.
No comments:
Post a Comment