Thursday, July 11, 2019

Anniversary cake

Tempahan ni datangnya dari seorang customer yang agak selalu juga repeat order.


Tempahan di buat beberapa hari sebelum ramadhan. Ye, saya masih lagi membaking walaupun ramadhan. InsyaAllah saya selit-selit waktu kerja, personal dengan ibadah. 


Kek coklat lembab dengan coklat ganache dan di saluti dengan swiss meringue buttercream. Bunga ros merah sekuntum beserta kata-kata ucapan diatas kek.



Semoga berbahagia hingga ke jannah. InsyaAllah
 















Tuesday, July 9, 2019

Macaron resepi

Sudah lama menyimpan niat nak buat macaron sebenarnya. Cuma tak berani sebab takut tak menjadi. Pernah juga tengok akak sulung saya buat macaron masa saya tinggal di rumahnya ketika bujang dahulu. Seingat saya, saya tak suka rasanya sebab terlalu manis. Cara buatnya juga agak leceh seingat saya. Ohh... masa tu memang tak menjadi macaronnya. Tak berkaki tak silap saya.

Macaron yang sempurna mestilah berkaki, berkilat dan mempunyai permukaan yang licin. Rapuh diluar, tidak pecah permukaannya dan tidak kosong didalamnya.

Minggu lepas dapat tempahan kek yang mempunyai macaron sebagai bahan hiasannya. Memandangkan baby Naeema tak sihat, jadi saya ambil keputusan untuk bakar sendiri macaron. Jika tidak, sampai bila impian nak bakar macaron sendiri jadi kenyataan kan. hehehe..

Jadi saya pun mengoogle & mengyoutube la resepi online. 3 kali percubaan untuk dapatkan macaron yang sempurna. Kali pertama, meringue tak menjadi. Tak tau apa masalahnya, telur langsung tak berbuih masa pukul. Sudahnya saya terus tambah tepung dan buat kek. hahaha...

Untuk cubaan kedua, adunan terlalu cair, sebabnya saya blender serbuk almond terlalu lama hingga keluar minyaknya. Macaronnya sedap dan rangup cuma tak berkaki dan permukaannya tak licin berkilat.

Untuk percubaan ketiga, tray pertama permukaan macaron pecah dan tidak berkaki. Permukaannya pecah kerana oven terlalu panas dan macaron tak berkaki sebab masa bakar macaron belum kering sepenuhnya. Untuk tray kedua, alhamdulillah, semua macaron naik cantik. Berkilat, berkaki dan tidak pecah. Tapi yang sedihnya, untuk tray kedua cuma dapat 7 biji macaron sahaja. Cukup-cukup untuk buat hiasan kek. hehehe...


Apapun alhamdulillah berjaya juga buat dan belajar Do's and Dont's untuk buat macaron. Ok. untuk macaron yang saya buat, saya refer resepi dari blog ni.

resepi dari:

Bahan untuk Macaron: 
Resepi: Azlita Aziz, resepi asal kak Rima@Bisous a Toi 
(Saya buat separuh dari adunan di bawah, dapat 60-70 keping shell macaron sebesar duit 20sen atau 44-50 sebesar 50sen) 

80g putih telur, suhu bilik (anggaran 2 biji saiz L) - saya guna 40g 
65g gula kastor - saya guna 32g. Boleh kurangkan ke 30g 
Cream of tartar - guna hujung sudu 1/8st je, tak perlu banyak. Ada resepi guna powdered egg white, fungsinya sama nak stabilkan putih telur. Kalau tak nak guna boleh diabaikan 


80g serbuk almond - saya guna 40g. Pastikan serbuk almond betul-betul kering 
140g gula icing - saya guna gula icing PRAI 70g 
Pewarna - gunakan serbuk pewarna untuk warna macaron yang terang  *tak pakai sbb sy nak warna ori
Perasa - optional, jangan terlalu banyak *tak pakai juga
*Jangan kurangkan lagi kandungan gula kerana struktur macaron mudah runtuh. 


Cara: 
1. Ayak serbuk almond dengan gula aising. Jika ingin macaron yang kulitnya nampak halus, blend dulu serbuk almond bersama gula aising, kemudian tapis 2-3 kali. *jgn blend lama-lama nanti minyaknya keluar. Kadang-kadang pada akhir ayakan ada baki lebih kurang 1/2st campuran serbuk almond dan gula aising (serbuk almondnya terlalu besar untuk diayak). Baki ni saya buang, tak menjejaskan sangat sebab kuantiti terlalu kecil. 

2. Pukul putih telur sehingga berbuih/foamy. Masukkan cream of tartar (jika guna) dan sedikit gula kastor. Pukul hingga buih kelihatan lebih halus, sambil memukul sambil memasukkan baki gula kastor sedikit demi sedikit. 

3. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/bertanduk (bila diterbalikkan mangkuk mixer, adunan meringue- putih telur yang dipukul tu- tak meleleh atau jatuh.) 

4. Masukkan sedikit demi sedikit bahan kering yang diayak tadi ke dalam meringue. Kacau perlahan-lahan macam buat cheesecake. *guna kaedah kaut balik

5. Masukkan adunan yang dah siap ni ke dalam piping bag. Picit ke atas dulang oven yang dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jadi berlubang bila dibakar.

6. Biarkan macaron dalam dulang pembakar untuk biarkan dia kering. Kering kat sini maksudnya bila sentuh permukaan macaroon tu, adunan tak lekat tak jari. Saya biarkan hampir 50min untuk biarkan dia kering.

7. Bakar dalam 15 ke 20 minit dengan suhu 150͒C. Tempoh bakar bergantung pada size macaron juga. 




Jadi, ni lah hasil kek yang dideko dengan menggunakan macaron. saya pipekan white choc sebagai fillingnya. Memang sedap makan. 



Monday, July 8, 2019

Anxiety.. Sekadar perkongsian..

Dua tahun lalu. Saya tak tahu dari mana puncanya. Tapi saya bersyukur saya alami pengalaman ni sebab dari situ la titik tolaknya perubahan yang lebih baik dan positif dalam hidup saya. Masa tu suami memang selalu on off kerja di Kuala Kangsar. Kadang kala seminggu sekali balik dan ada juga dua minggu sekali balik Rawang. Jadi segala urusan rumah dan anak-anak, saya yang ambil alih bila suami tiada. Semuanya berjalan seperti biasa. Hantar anak ke sekolah, buat kek dan buat penghantaran. Semua seperti biasa. 

Entah macamana, tiba-tiba suami di duga dengan ujian kesihatan. Muntah darah dan lemah badan. Bila kehospital, doktor tidak dapat kesan apa-apa. Cuba pula ikhtiar cara kampung. Alhamdulillah.. Selepas jumpa dua kali, suami semakin pulih.


Sejak dari situ, saya mula fikir apa jadi jika berlaku apa-apa yang tak diingini kepada suami. Dan apa akan jadi, jika sesuatu yang tak diingini berlaku kepada saya ketika suami tiada dirumah.  Bagaimana keadaan anak-anak. Kerana terlalu memikirkan perkara tersebut, saya jadi takut. Takut yang teramat sangat sehingga hari-hari teringatkan kematian. Malah jika terdengar ada kematian, saya jadi berpeluh-peluh, berdebar-debar dan sukar bernafas.

Selama 2bulan saya alami perkara ni. Akhirnya saya ke klinik. Doktor andaikan saya ada masalah tiroid dan ambil sampel darah untuk buat ujian makmal. Dalam tempoh menunggu keputusan ujian makmal tersebut, saya sering sesak nafas, pitam dan berdebar-debar. Sentiasa rasa lesu, takut dan panic bila jumpa ramai orang. Sehinggalah saya pitam masa solat zuhur akibat sesak nafas. Terus suami bawa saya ke hospital.


Di hospital, segalanya normal. Tiada masalah. Saya sihat-sihat sahaja. Panic attack.. Ni cuma andaian saya sahaja hasil bacaan saya tentang anxiety dan panic attact.

Balik dari hospital, masih ada lagi serangan sukar bernafas, berdebar-debar, badan menggeletar dan berpeluh-peluh. Selalu sangat fikirkan tentang kematian.. Hingga tibanya waktu keputusan ujian darah untuk tiroid. Ya. Tiroid saya juga normal. Jantung normal.. Jadi doktor sendiri tak pasti kenapa. Dan bila doktor kata saya tak apa-apa, saya lega. Saya cuba positif dan cuba sibukkan diri. Cuba hilangkan fokus untuk berfikir tentang sakit dan kematian. Alhamdulillah.. Setelah 2bulan, sintom-sintom yang saya alami semakin hilang. Tapi saya akan mula rasa serangan-serangan itu bila ada berita kematian.

Dan bermula dari kejadian itu juga, saya jadi lebih dekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta. Inilah hikmah disebalik kesakitan. Alhamdulillah...

Samada pengalaman saya itu adalah anxiety dan panic attack atau hidayah untuk saya. Wallahualam.. Tapi saya bersyukur diuji seperti itu.

Saturday, July 6, 2019

Korporat kek sempena ulangtahun pertama

Biasanya saya buat custom kek untuk harijadi, majlis kahwin dan anniversary perkahwinan sahaja. Tiba-tiba dapat panggilan dari klien lama yang pernah order untuk buat kek sempena ulangtahun pertama mereka. 

perasaan saya? mestilah seronok dan tak sabar nak buat. tapi kali ni saya tak buat seorang diri sebab tau kemampuan diri sendiri nak siapkan 10 biji fondant kek saiz 8 inci dalam masa sehari sahaja. Jadi kali ni saya membaking bersama kak dayang, dayang and cakes. Alhamdulillah 10 biji moist choc cake dengan simple fondant siap dan dihantar dengan jayanya.


Friday, July 5, 2019

Baby kuning / jaudis



Berpantang sendiri

Homemade chocolate ice cream

Start cuti ni mula la tekak nak makan macam-macam. Mostly yang manis-manis je la.. 

Harini saya buat homemade chocolate ice cream. Tengok siapa yang tak sabar-sabar nak makan aiskrim..

Resepi saya google dan saya adjust ikut bahan apa yang ada kat dapur.  

Resepi:

2 cawan whipped cream 
1/2 cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat 
1 sudu kecil vanilla paste
Sedikit air

Cara-cara:
1- campurkan serbuk koko, susu pekat, vanilla paste dan air. Kacau sampai larut dan sebati. 

2- masukkan whipped cream dalam mixer bowl dan mix smpai kembang & bertanduk. Jangan lama-lama sangat nanti dia cair balik tak boleh pakai.

3- masukkan campuran koko tadi dalam mixer dan adun sebati. Jangan lama-lama nanti cair balik. 

4- masukkan adunan dalam bekas dan simpan dalam peti hingga keras. 

5- siap.. Dah boleh ajak ca makan... 🍦🍦🍦

Kalau nak sedap, kat step 3 tu boleh la tambah apa2 kekacang yang sesuai. Almond ke, macadamia ke.. Tapi bakar kejap la dalam oven. Saya tak letak sebab stok dah clear 😂😂😂



Resepi kat atas tu dapat 1bekas aiskrim ni. Puas jugak la makan. 

Resepi sambal jering tempoyak

Hari khamis lepas jalan-jalan di pasar malam. Ternampak pula orang jual jering ni. Rm2 untuk 1 pinggan kecil. Macam sedap pula kalau buat sambal kan. Mengandung-mengandung ni takut nak makan jering atau petai yang tak masak. Kalau datang anginnya, boleh buat mabuk seminggu. 

Saya lebih suka jering tua sebab lebih keras. Kalau dapat yang muda tu rasa tak puas mengunyah pula. Hahaha.. 

Ok. Untuk resepi kali ni, saya tambahkan tempoyak sedikit. Tempoyak homemade musim durian haritu. Mama saya yang bekalkan. Saya pandai masak je. Tak berapa rajin nak memperisi tempoyak tu. 

Bahan-bahan
-Bawang kecil 2 ulas
-Cili api 1 genggam 
-Ikan bilis
-Tempoyak 2 sudu
-Jering yang telah dikupas dan dipotong kecil. 


Cara-cara
- Goreng dengan minyak jering yang telah dipotong sehingga warnanya bertukar sedikit jernih. 
- Tumbuk halus cili, bawang dan ikan bilis. Untuk kali ni, saya blender sahaja. 
- Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga garing
- Masukkan tempoyak dan sedikit air
- Masukkan jering yang telah digoreng dan perasakan dengan garam dan gula. Saya tak tambah garam sebab tempoyak yang saya ada sudah agak masin. Jadi kene pandai adjust sendiri la ye. 

Jering yang telah digoreng dengan minyak masak. 

Ok. Dah siap. Dah boleh makan dengan nasi panas. Alhamdulillah... 

PUBG (Player Unknown's Battle Grounds) cake by Bakedbyin

Sekarang tengah tranding kek dekorasi PUBG ni kan. Minggu lepas sahaja ada 2 kek dekorasi ini. Tapi satu lagi dekorasi menggunakan fondant. 

Untuk kek kali ni, customer nak pakai paper topper sahaja. Design kek jugak di beri oleh customer.  

Kek ni adalah rainbow cake dengan layer dan frosting swiss meringue buttercream. 



Sebenarnya customer ni dah pernah buat tempahan beberapa kali dengan saya. Alhamdulillah serasi kek saya dengan selera dia sekeluarga. Rata-rata sukakan swiss meringue buttercream yang saya gunakan untuk buat kek dia. Alhamdulillah.. Nanti order lagi ye Ika..  😋😋


Renovation & kitchen cabinets by Safzone Enterprise








Kerja-kerja renovasi, awning, kabinet dapur dan meja belajar di M resident, Rawang. 

Siap sepenuhnya oleh kontraktor Safzone Enterprise. 

Hubungi 011-10904326 untuk dapatkan sebut harga dan lawatan tapak percuma. (Kuala Lumpur dan Selangor sahaja) 


Cadangan hidangan kek mengikut saiz loyang

Dulu-dulu, biasa kan kalau beli kek kat kedai, kita akan cakap nak kek 500g, 1kilo.

Biasa kek ni adalah kek span dan dilepa menggunakan fresh cream. Jadi tak hairan la saiz 6inci boleh dapat 500g. 

Tapi berbeza jika menggunakan kek moist dan dilepa menggunakan ganache atau buttercream. Saiz 6inci boleh mencecah lebih dari 1kilo.

Jadi, biasanya untuk baker homemade yang memerima tempahan online lebih suka menggunakan saiz dalam inci. Ini kerana lebih mudah memberi gambaran kepada customer mereka. 6inci round cake boleh ukur pakai pembaris besar mana 6inci tu.
Lebih-lebih lagi dengan menggunakan saiz dalam inci, customer lebih mudah anggarkan jumlah hidangan untuk kek berkenaan.

Contoh mudah, dalam gambar dibawah, saiz 6inci boleh dihidangkan kepada 12orang. Lebih mudah kan?



Lagi pula tiada unsur tak cukup timbangan sebab adunan kek setiap kek adalah sama. Jika menggunakan sukatan berat kek, setiap resepi perlu di timbang sebab seperti yang saya katakan tadi tiap jenis kek tak sama berat.

Seingat saya, pernah viral mengenai isu berat kek tak cukup. Biasanya berat kek diambil selepas kek siap dideko. Jadi jika dekorasi menggunakan fondant, jelas-jelas sudah berat fondant melebihi berat kek. Hehehe..

Ni contoh lain. Kek ni saiz 7inci. Rainbow cake, layer buttercream dan coating choc ganache. 2kg lebih

Ni pula saiz yang sama 7inci tapi kek jenis pandan dan cream cheese.  Berat 1.5kg.

Paham kan... 

Masuk darjah satu

Alhamdulillah.. Semua urusan anak sulong saya untuk masuk sekolah tahun ni dipermudahkan. 

Awalnya masa pendaftran online bulan 3 tahun lepas, daftarkan dia di sekolah bandar. Lepas mintak pendapat beberapa kenalan, tukarkan dia di sekolah kampung. 

Kita kenal anak kita kan. Jadi, untuk firas iman, saya tak berapa yakin dia untuk berada di tempat yang crowd. Walaupun usia sudah masuk 6tahun masa darjah 1, (baru masuk 6tahun sebab anak lahir bulan 12) dia masih merangkak-rangkak membina ayat. Sesetengah arahan jugak dia tak berapa paham. Jadi di sekolah kampung, murid tak berapa ramai. Jadi saya mengharapkan dia boleh lebih fokus pada pembelajaran. InsyaAllah.. 

Dengan dugaan bertimpa-timpa hujung tahun haritu, habis jugak duit simpanan kena korek untuk cover semua. Alhamdulillah cukup la sediakan mana yang termampu. 

Untuk sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah agama, ni antara senarai yuran dan kelengkapan yang kami sediakan. 

Uniform sekolah : 
2 set pakaian sekolah kebangsaan : Rm62 (beli di pasarayaku)
1 set pakaian sekolah agama : rm25 (beli di pasarayaku) 
1 pasang kasut : rm32 (beli di pasarayaku) 
Stokin : rm7 (3 pasang) 

Buku sekolah kebangsaan : rm60 (buku text diberikan pinjaman)
Buku sekolah agama : rm40 (buku text diberikan pinjaman) 

Yuran sekolah agama : rm76 setahun
Sumbangan bulanan : rm20

Yuran sekolah kebangsaan : masih belum diputuskan. Katanya tunggu mesyuarat PIBG. 

Alatan persekolahan -
Beg sekolah : rm30 (lazada sales 11.11)
Alat tulis : kesemuanya beli di kedai eco rm2.10 (tiap kali datang, beli 1 barang. Lama-lama cukup jadikan stok setahun) 
Bekal makanan : rm2.10 di kedai eco

Untuk hari pertama, hantar firas iman ke sekolah seawal jam 7 pagi. Kebetulan pada hari yang sama, saya ada appointment scan baby di hospital selayang. Masih lagi fobia nak bawak kereta. Jadi tinggalkan sahaja firas iman di sekolah lepas tunjukkan dia kelas barunya. Alhamdulillah. Tak menangis. 


Dudukkan di meja paling depan. Tapi katanya cikgu sudah pindahkan ke meja paling belakang 😭😭


Balik sekolah jam 1 petang. Alhamdulillah urusan hospital siap awal jugak. Sempat pick up dia balik sekolah. 

Baju masih putih bersih. Cuma tali leher sahaja yang senget. 

Bila sampai rumah, baru perasan beg duit dia tinggal di atas meja. Sebelum ke sekolah sudah pesan, nak makan di kantin perlu bayar. 

Bila periksa beg bekalnya, tak bersentuh. Tapi katanya di sekolah makan mee. Sudah. Tak bayar ke? 

Mungkin dia ingat masih macam di tadika kemas. Makan percuma 😅

Siap-siap makan, terus salinkan uniform sekolah agama pulak. Tapi menangis-nangis tak mahu. Katanya dah sekolah tadi. Tak perlu kesekolah lagi. 

Penat sangat sampai tertidur di sofa semasa saya bersiap pakai tudung. Kesian. 


Sekolah agama sempat jugak melawat dia semasa rehat. Ajar yang makanan di kantin perlu dibayar & berapa perlu dibayar. 

Alhamdulillah.. Hari pertama yang sungguh membanggakan walaupun ada kesilapan sedikit. 

Bukan sahaja anak yang keletihan, saya jugak terasa lebih. Kelam kabut bangun seawal jam 5pagi untuk siapkan bekal,  sarapan, makan tengahari, bekal sekolah agama, jemput dan hantar kesekolah. Wah.. Memang perlu menguruskan masa dengan betul. 

Minggu ni dah hampir masuk minggu ke 4, firas iman pun sudah serasi dengan jadual sekolahnya. Tak liat bangun pagi. Alhamdulillah. Saya juga semakin selesa dengan pengurusan masa. Sudah berani juga mengambil tempahan kek. 

Sekarang, apa yang merisaukan saya adalah masuknya bulan 2 nanti. Bila masa saya bersalin & berpantang, bagaimana keadaan anak-anak nanti.. Harap semuanya dipermudahkan... 

Lego cake by Bakedbyin

Alhamdulillah.. Kek kali ni adalah untuk anak sulong kesayangan saya. 

Kebetulan kat sekolah ada majlis konvo, jadi cikgu kata nak buat sekali sambutan majlis hari jadi anak-anak bulan November & December. 

Saya pun dah lama teringin nak buat kek 2 tingkat lagi. Rasanya dah lama tak dapat tempahan kek 2 tingkat. Jadi, untuk kek hari jadi abam firas, saya buat kek 2 tingkat. 

Tingkat pertama adalah kek moist chocolate dengan chocolate ganache. Atas pula kek moist chocolate dengan swiss meringue buttercream. Frosting guna swiss meringue buttercream sebab saya lebih sukakan rasanya dari guna basic buttercream atau fresh cream. 

Dalam cake saya ada letakkan candy berwarna-warni. Jadi bila kek dipotong, candy akan melimpah keluar. Tapi sebab kelam kabut masa majlis, saya tak ambil pun gambar. Yang penting abam firas dan kawan-kawan teruja.. 

Kek ni saya hias guna lego construction beli di kedai ECO rm2.10 sahaja dan dihiasi dengan fondant lego. 

Happy 6th Birthday Abam Firas Iman..