Monday, May 6, 2019

11 February 2019 - newborn

*waktu aku tulis entry ni, si baby sudah pun 2bulan lebih usianya..

Alhamdulillah… proses bersalin kalini lebih mudah dan cepat. Aku selalu risaukan si abang iman dan si kakak lisha bila aku nak bersalin. Yela, masa bersalinkan alisha dulu, iman aku hantar rumah kak jat. Tak apa lagi sebab anak sorang dan iman memang jenis tak banyak perangai. Ni bila dah ada geng, risau juga dia meligat di rumah orang. Kejar kucing orang, pecahkan barang orang. Masa terminate arwah baby umar pun kak jat kata alisha pecahkan perfume dia yang beli kat US dulu. Huhuhu… jadi aku sangat-sangat risau. Dengan iman sekolah lagi. Suami yang mula kerja GRAB (tak tau dimana dia kalau-kalau dah tiba waktu nak bersalin.

10 feb 2019 (ahad) lebih kurang jam 12 tengahari dah mula rasa perut keras-keras. Macam biasa dah dekat nak due ni, masak ringkas-ringkas je untuk anak. Barang-barang baby dah siap kemas. 3beg semuanya. Suami kerja macam biasa. Plan malam nak tukar barang kereta. Appointment dengan bengkel jam 9mlm. Kak noi pulak nak dating hantar mak mertua ke rumah. Jadi kemas-kemas rumah ala kadar sahaja.

4petang – kontraksi rasa semakin kuat dan kerap. Install apps ni kat phone untuk track kontrasi. Tapi sakit masih lagi boleh tahan. Blum bagitau suami lagi yang dah sakit-sakit. Cuma pesan jangan amik job jauh-jauh je la.

7mlm – kontraksi makin kerap. Tapi masih tak yakin sebab bersalinkan alisha dan iman dulu pun macam ni jugak. Tapi pegi hospital disuruh balik dulu. Aku screenshot apps dan hantar kat kak dayang. Dia kata dah boleh pegi hospital da. Jadi terus whatapps suami bagitau dah start sakit. Suami pun memang dah odw balik sebab kak noi nak datang lepas magrib.


8mlm – kak noi datang, aku tak mampu nak keluar layan. Duduk je dalam bilik. Plan nak ke hospital lepas suami hantar kereta ke bengkel dalam jam 10 gitu.

9mlm – kak noi balik dan terus ke hospital. Suami kata bengkel postpone esok sebab pome nada urusan lain. Alhamdulillah. Allah S.W.T permudahkan perjalanan aku.

10.30mlm – masuk ke dewan bersalin. Anak-anak tinggal dengan suami sahaja memandangkan kanak-kanak tak boleh masuk dewan bersalin. Suami lari-lari nak hantar barang dan dokumen sebab tinggalkan anak kejap di kereta.
Aku pulak kat dalam dewan bersalin layan kontraksi sendiri. Tak ada orang malam tu. Doctor cek bukaan dah 3cm dan kontraksi memang ada. Jadi dia daftarkan wad untuk aku. Anggaran bersalin mungkin esok. Jadi jarum pun dia pasang siap-siap. Dia pesan kalau sakit sangat, nak mintak pain killer boleh bagitau.

12 mlm – sudah mula rasa sakit sangat. Aku panggil nurse mintak pain killer dan dia suruh tunggu kejap. Sebab tak ada pesakit lain, nurse suruh aku baring je di katil.

11 feb 2019 (isnin)
12.30 pagi – doctor datang cek lagi bukaan. Sebab nak bagi pain killer, kene cek dulu katanya. Dia terkejut sebab bukaan dan 6cm. terus nurse siapkan aku dan tolak ke labour room. Pain killer pun tak bagi sebab kata bukaan dan 6cm. takut baby tidur dan lemas nanti. So bertabah lah aku tahan sakit original nak bersalin.
Suami naik kejap je jumpa aku dalam labour room pastu kene ‘halau’ dengan doctor dan nurse sebab diorang tau anak-anak kene tinggal dalam kereta. Hahaha.. “suami jangan risau ye. Kita jagakan isteri awak. Kita ramai ni. Jangan risau. Pegi jaga anak sana” aku ingat lagi ayat-ayat nurse & doctor tu. Hahaha..

1.38pagi – lahir la baby comel botak menangis-nangis lepas 3 kali teran. Bila teringat balik memang seriau. Hahaha.. baby comel berat 3.0kg. lepas kene jahit, baby susu, sempat jumpa ayah dia dan qamatkan kat telinga, aku dan baby naik ke wad jam 3pagi.
Sampai wad, ingat nak mintak 2nd class tadi dah penuh. Jadi masuk je la 3rd class. Lagipun nurse cakap kalau tak ada apa-apa masalah biasanya tengahari dah boleh keluar. Alhamdulillah. Jam 2 dah boleh keluar. Suami datang jemput jam 4 petang. Paginya suami dan anak-anak balik umah jam 3 pagi. Kesian kat abang iman sbb esoknya nak sekolah.

Alhamdullillah.. tiap kali aku throwback je,aku rasa insaf gila. Rasa bersyukur sangat-sangat. Semua yang aku hajatkan dan mintak kat Allah S.W.T, Allah S.W.T izinkan.

-Permudahkan urusan aku, suami aku dan anak-anak aku.
a.       Urusan aku sebab aku buat kek sampai order terakhir aku siap baru aku start rasa sakit-sakit.
b.      Urusan suami sebab suami balik awal, tak dapat job hantar orang jauh-jauh & bengkel kereta pun kebetulan ada urusan lain.
c.       Urusan anak sebab iman sekolah, tak de la aku risau siapa yang nak pick up iman, nak bg makan budak-budak

-Permudahkan solat aku sebab aku bersalin tengah pagi buta. Sama macam masa bersalinkan alisha. Masa bersalinkan iman dulu aku sakit terlantar 2hari tak solat.

-Allah pelihara aurat aku. Walaupun aku bersalin hospital gomen, malam tu taka da 1 pun staff lelaki dan non muslim yang jaga aku. Cantiknya peraturan Allah…
Insafkan…




Saturday, January 26, 2019

Pusat sains negara

Cuti thaipusam haritu sempat ajak anak berjalan-jalan. Rasanya dah lama sangat tak pergi ke Pusat Sains Negara. Last pergi masa PSN baru siap renovate 2 tahun lepas. 

Sebenarnya tak plan pun nak jalan ke sana. Kebetulan masa hantar kek ke rumah customer, Alisha nampak ikan dalam akuarium dari dalam kereta. Dalam kepala ligat fikir kat mana boleh tengok ikan dengan kos budget. Teringat pula di pintu masuk PSN ada akuarium besar. 

Sampai ke PSN dalam jam 10 pagi. Parking masih kosong dan tak ramai orang pun. Seronok Alisha dan Iman tengok ikan, bermain sambil belajar dalam tu. Untuk anak-anak kecil, tingkat 1 la tempat mereka. Ada experiment simple dan mainan-mainan yang dapat merangsang mereka berfikir dan belajar.

Untuk masuk ke PSN, bayaran pun masih ok sangat la. 

Dewasa : RM 6
Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) : RM 3
Warga emas (55 tahun keatas) : RM3
Kanak - kanak (Bawah 6 tahun) : Percuma
Orang Kelainan Upaya (OKU) : Percuma


Ni pula bayaran masuk ke "Survive The Bunker"

Dewasa : RM 4
Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) : RM 2
Warga emas (55 tahun keatas) : Percuma
Orang Kelainan Upaya (OKU) : Percuma

Kanak-kanak bawah 7 tahun tak dibenarkan masuk ye sebab takut jadi apa-apa pulak kat anak tu.


Kali ni kami tak masuk pun ke bunker tu. Tapi suami penah la masuk masa pembukaan semula PSN haritu. Saya jaga anak-anak je la di luar. 

 

Akuarium di pintu masuk bangunan utama PSN



Selain bangunan utama yang berwarna-warni tu, banyak lagi tempat menarik di sekeliling kawasan PSN. Antara yang saya sempat masuk adalah Garden of Nature, Subterranean Journey, Water Plaza dan Pre-historic Garden

Garden of Nature
Dalam ni ada beberapa haiwan kecil macam lipas, arnab, rama-rama, iguana dan belalang pokok. Simple tapi kena berhati-hati sebab lantainya licin. Alisha dan Iman tergolek juga di dalam ni.

Subterranean Journey
Hanya di buka pada hari sabtu dan ahad. Notis di pintu tulis buka pada Public Holiday, jadi masa kami kesana haritu, jam 12.30 sampai di kawasan ni. Rehat dan kawasan ni ditutup sementara (12 - 2.30 ptg). Jadi kami lepak-lepak dan makan dulu la. Niatnya nak masuk jam 2.30ptg. Tapi hampa, jam 2.30 ptg kami sampai, masih belum bukak. Tunggu sehingga jam 3 jugak masih belum buka. Di pintu, sign 'Open'. Nasib baik ada no tel di tiket. Rupanya Public Holiday tutup. Hampa sebab anak-anak nak sangat masuk.

Dalam ni ada kerusi yang boleh bergerak dan membawa kita mengembara ke dasar laut. Seronok. Dan di akhir pengembaraan, ada simulasi gempa bumi. Tapi bukan rezeki kami haritu untuk masuk sini.

Water Plaza
Kolam untuk anak-anak bermain. Ada tandas dan tempat persalinan. Jadi jika kebetulan kesini, bolehlah stand by baju renang siap-siap. Sebabkan kalini memang tak plan ke sini, jadi anak-anak tak dapat mandi.

Pre-historic Garden
Dinosaur arca batu di pintu masuk PSN. Kalau dari jalan besar pun boleh nampak arca ni. 

Friday, January 25, 2019

Senarai barangan keperluan bayi dan ibu bersalin

Masuk harini, bermakna dah masuk 37 minggu. Ada lagi 3 minggu sementara tunggu due date. Minggu-minggu kebelakangan ni sudah mula banyak berehat dari buat tempahan kek dan lebih fokus pada anak-anak.

Tapi masih lagi dalam mood belum ready. Beg masuk wad dan labor room belum kemas lagi. Malas sangan rasanya. Hahaha..
Untuk sambut kelahiran kali ni, saya banyak recycle sahaja barang abang dan adik. Tapi ada la beli beberapa pasang baju baru untuk sambut kelahiran.

Kebiasaannya saya memang akan beli baju newborn yang warna selamat. Bukan pink atau biru. Abang dan adik dulu pun saya beli warna selamat. Walaupun scan jantina, tapi kita hanya manusia. Allah s.w.t yang lebih tahu kan. Untuk nama pun saya akan standby dua nama. Lelaki dan perempuan.

Ok. Biasanya untuk persiapan bersalin saya akan pack 2 beg. Beg labor room dan bag masuk wad.

Beg labor room lebih ringkas cuma utk bekalan tenaga dan refresh sahaja. Serta sepasang pakaian baby.

Untuk beg wad baru segala jenis barang akan dibawa.

Ni senarai keperluan barangan bayi yang perlu ada pada saya la.

BARANG BABY
-Botol susu dan puting (saya plan untuk full breast feeding. Jadi saya tak beli)

-Berus botol (jika plan untuk bottle feed, perla la beli berus ni untuk basuh) 
-Puting tiruan dan tali (yang ni saya beli lepas pantang)
-Breast Pump (yang ni memang paling penting. Seksa sekali kalau kena bengkak susu masa dalam pantang. Biasanya saya akan start kena pada hari ke 4 selepas melahirkan) 
-Breast Milk Storage Container (sangat la penting untuk simpan stok-stok susu dan jadikan EBM. Walaupun housewife je tapi saya akan buat jugak skit-skit EBM) 
-Breast Pad (yang ni pun penting. Kalau tak malu sangat baju asyik basah je) 
-Tilam / bantal & sarung 
-Waterproof Bed Pads
-Blanket
-Baby Napkin
-Wipes / Wet Tissue
-Handkerchief
-Bodysuits (0-6month) 
-Infant Cap
-Mittens and Booties (recycle abam dan kakak punya. Banyak gile. Hahaha) 
-Barut & bedung
-Bath Towels
-Baby Bath Set 
-Baby Powder Puff Case
-Baby Lotion / Oil
-Cotton Buds (cari saiz kecil tau. Yang memang untuk baby) 
-Grooming Set (Comb, Nail Clipper, Scissors)
-Thermometer
-Stroller 
-Infant Car Seat
-Diapers Bag 
-Cooler Bags
-Baby pin


Ni pulak list utk bawak ke hospital masa hari nak bersalin..

LIST BERSALIN (IBU)

-Buku pink
-Kad pengenalan
-Telephone & Charger
-Baju lawa
-Kain batik
-Tudung
-Stokin
-Seluar kecik
-Tuala muka
-Barang mandian
-Tuala mandi
-Bedak
-Sikat
-Pad (Maternity)
-Baju sweater
-Selipar
-Beg plastik
-Minyak angin
-Getah rambut
-Disposal panties
-Nursing bra
-Air & Makanan
-Majalah & Quran
-Tisu
-Sudu, Garfu

LIST BERSALIN (AYAH)
-Handphone & charger
-Sijil nikah
-Kad pengenalan
-Duit bayar hospital

LIST BERSALIN (BABY)
-Pampers newborn
-Baju lengan pendek
-Baju lengan panjang
-Sarung kaki & tangan
-Bedung
-Topi
-Selimut
-Tuala baby
-Wet tissue
-Baby bath set
-Baby oil
-Minyak Yuyi
-Diapers beg
-Barut
-Kelengkapan Berpantang
-Bengkung
-Set Bersalin
-Tunku
-Pad biasa

UNTUK LABOUR ROOM
-kain batik utk ibu
-baju baby
-selimut
-pampers
-kurma dan air untuk ibu


Doakan urusan bersalin saya dipermudahkan ya. Risau jugak sebab si abang sudah bersekolah. Harap-harap timing untuk bersalin nanti cantik je.

InsyaAllah...

Wednesday, January 23, 2019

Dinasour cake by Bakedbyin

Kek comel dinasour kali ni ditempah last minute. Kebetulan memang tengah santai-santai menunggu hari bersalin, saya buat jugak. Bila sudah terbiasa dan seronok buat kek, susah nak berehat sahaja di rumah.

Untuk kek dinasour ni, berperisa moist chocolate cake dengan chocolate ganache dan diluarnya menggunakan swiss meringue buttercream.

Secara personalnya, saya sukakan swiss meringue buttercream ni daripada cream lain sebab sedap. Tak muak dan lebih mudah dikendalikan. Walaupun nak buatnya agak leceh dan renyah tapi puas hati.



Kek dinasour ni dibakar penggunakan loyang segi empat saiz 7inci. 4 layer kek dan dipotong mengikut bentuk dinasour.

Wednesday, December 26, 2018

Homemade hot chocolate

Kali ni saya nak share pulak resepi simple homemade hot chocolate drink / minimum coklat panas. 

Biasa kita minum milo, vico je kan. Pernah jugak sesekali cuba chocolate drink tesco dan giant. Anak-anak suka juga minum air coklat ni. Tapi bila kadang-kadang stok dapur habis. Jenuh la memujuk suruh minum air lain.. 

Try cari resepi di google. Tapi resepi yang saya kongsikan ni, saya olah sendiri ikut sesimple yang boleh. Hahaha.. 

Bahan-bahan
- 1 1/2 sudu besar serbuk koko
- 6 cawan air
- susu pekat manis secukupnya. Boleh juga kurangkan susu dan gantikan dengan brown sugar. 

Cara-cara
- masukkan air, susu dan serbuk koko dalam periuk
- masak hingga didih dan kacau
- siap


Simple bukan.. Senang dan sedap. Bahan pun tak banyak. Boleh olah tahap kemanisan mengikut keperluan masing-masing. 

Suami suka minum sambil cicah biskut gula. Anak-anak suka bila saya tambahkan marshmallow dalam hot chocolate mereka. Saya pula, dua-dua suka.. Jadi saya memang akan dapat extra 😂😂😂

3d Hilux cake by Bakedbyin

Ni adalah kek 3d kereta yang ke-3 saya pernah buat. Kek 3d pertama adalah kek buttercream Lightning McQueen watak dalam movie Cars. Sayangnya gambar kek tersebut tak jumpa pula bila saya cari. 

Untuk kek ke-2 saya buat adalah kek untuk mak mertua. Suami yang request mintak buat kek 3d fondant Hyundai Starex. 

Dan kek ke-3 adalah kek fondant Hilux merah. Tempahan ini dari customer yang beberapa kali telah menempah kek dari saya. Alhamdulillah kerana mempercayai saya untuk buatkan kek istimewa untuk suaminya sempena hari bapa.

Kek ini berperisa red velvet yang di lapisi cream cheese dan di deco menggunakan fondant.



Bantuan zakat anak sekolah - Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Sekolah Rendah dan Menengah

Awal bulan haritu dapat info tentang bantuan zakat selangor untuk anak-anak yang bersekolah. Bantuan rm200 untuk setiap anak yang berkenaan bagi yang layak.

Siapa yang layak? Apa syarat-syaratnya? Boleh layari link utk maklumat lanjut. 

Secara ringkaskan, bantuan ni bukan untuk golongan asnaf atau penerima bantuan zakat tapi untuk golongan sederhana yang pendapatan seisi rumah lebih Haddul Kifayah dengan julat lebihan tak lebik rm3000. 

Apa maksudnya ek? Dalam laman web https://www.zakatselangor.com.my/spzasrm/ ada contoh pengiraannya. So, boleh cuba kira guna link ni. https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/kalkulator-kelayakan/

Cara nak apply pun mudah je, download borang A, B dan C di website yang sama. Isi borang dan buat pengesahan borang kemudian scan borang berkenaan. 

Kemudian isi borang Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Sekolah Rendah dan Menengah secara online di https://www.zakatselangor.com.my/spzasrm/

Dokumen lain yang diperlukan untuk permohonan adalah kad pengenalan ketua keluarga, kad pengenalah pasangan, slip gaji atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri, bank statement, borang A, B dan C tadi. 

Lepas submit, bolehlah tunggu je dan berdoa moga-moga ada rezeki. Jika berjaya, dalam tempoh 14 hari pembayaran akan dimasukkan kedalam akaun yang didaftarkan.

Alhamdulillah, hari isnin haritu (lepas kejadian kemalangan), terus ajak suami untuk segerakan isi borang. Harini, rabu, dapat SMS yang mengatakan permohonan berjaya. Alhamdulillah sangat-sangat. Dapat juga buat bayaran yuran sekolah anak nanti..